Majlis Kesyukuran STPM dan SPM 2023 serta Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024
Tahun 2023 mencatat kenangan manis bagi SMKA Tok Bachok apabila keputusan STPM dan SPM menunjukkan peningkatan ketara dan memberansangkan. Pada majlis ini murid murid cemerlang STPM dan SPM diraikan dan menerima sijil serta saguhati kecemerlangan daripada pihak sekolah. Pada majlis ini juga berlangsung Mesyuarat Tahunan PIBG kali ke 25. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Tuan Mohd Fauzan bin Mohamed Mokhtar Timbalan Pengarah , Sektor Pembangunan Adab Dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan SPM menunjukkan peningkatan ketara apabila mencatat GPS 1.96 dan seramai 24 calon mendapat keputusan straight A's. Seramai 102 dari 138 calon SPM 2023 mendapat 7A keatas pada tahun 2023. Semoga SMKA Tok Bachok terus istiqamah dan terus cemerlang dalam melahirkan generasi Al Quran yang bersifat Ijtihadik, Quranik ,Ensiklopedik sebagaimana yang dihasratkan Tahfiz Model Ulul Albab.












































































