Majlis Pelancaran Generasi MADANI Meriah di Finaul Hadarah
18 Mei 2025 – Majlis Pelancaran Generasi MADANI telah berlangsung dengan penuh meriah di Finaul Hadarah, menyaksikan kehadiran pelbagai pihak termasuk warga pendidik, pelajar serta pemimpin komuniti setempat.
Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), yang turut menyampaikan ucapan berinspirasi mengenai kepentingan pembentukan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan nilai-nilai MADANI.
Salah satu detik kemuncak majlis ialah gimik perasmian berupa serahan bendera Generasi MADANI, yang melambangkan simbolik permulaan gerakan membina generasi masa hadapan yang holistik dan berwawasan.
