Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah meriah dan bermakna
4 Mei 2025 – Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Surau Umar Al Khattab sekolah pagi tadi.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Kaunselor Pejabar Pendidikan Daerah Bachok, Puan Zaiwani binti Mamat yang turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pemimpin pelajar agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti dan disiplin yang tinggi.
Semua pelajar yang terpilih telah menerima watikah pelantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah dan para Pentadbir Sekolah.
Dalam ucapannya, Puan Zaiwani berkata bahawa pemimpin pelajar memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah menjayakan pelbagai program serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan lain.
Majlis turut diserikan dengan bacaan ikrar pemimpin sekolah sebagai tanda janji agar dapat memberikan khidmat yang terbaik atas amanah yang diberikan.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan ringan bersama semua pemimpin pelajar dan guru-guru penasihat.
