Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu pra universiti yang telah berjaya menempatkan diri ke SMKA Tok Bachok. Seramai 34 orang telah mendaftar sebagai calon STPM tahfiz pada tahun ini. Semoga semua pelajar yang mendaftar pada hari ini dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang baik dan memperolehi kejayaan cemerlang dalam STPM nanti.