Sejarah SMK Agama Tok Bachok

1557669_397419233741578_7684138106040914292_n

Sejarah Nama Sekolah

Pada awal penubuhan sekolah ini diberi nama SMK Agama Tangok dan pada tahun 2006 nama sekolah ditukar kepada SMK Agama Tok Bachok sempena nama ulama yang terkenal yang berasal dari daerah Bachok.

Haji Uthman bin Haji Muhammad (1868 – 1953) atau lebih di kenali sebagai Tok Bachok merupakan salah seorang tokoh ulamak di Nusantara yang terkemuka dan ulamak Melayu yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Nusantara.Beliau dilahirkan pada tahun 1860 Masihi bersamaan dengan 1279 Hijrah di sebuah kampung yang sekarang dikenali sebagai Kampung Tok Burung.

Tok Bachok adalah seorang guru agama yang seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Kemunting, dan beberapa orang lagi yang bergiat aktif di Kelantan dalam keagamaan. Tok Bachok menghabiskan 15 tahun umurnya di Mekah untuk meyambung pelajaran. Beliau kembali semula ke tanah air ketika berusia 40 tahun.Beliau kemudian menubuhkan sekolah pondok untuk mengajar agama. Sehingga kini tapak tinggalan pondok tersebut masih boleh di lihat di sekitar tapak perkuburan besar bandar Bachok. Beliau diberi gelaran Tok Bachok kerana kemasyhuran beliau dalam mengajar ilmu yang berpusat di Bachok.

Keluarga Tok Bachok

Pada hayatnya, Tok Bachok telah berkahwin dengan beberapa orang isteri, antaranya ialah Che Membunga (Tok Ji), Hjh Zabidah dan Che Embun.
Anak beliau adalah seperti berikut :Yasin (Ustaz Yasin), Che Mariam, Hj Mohd Amin (Baba), Hj Mustaffa, Hj Mohd Zain (Allahyarham Tok Ayah Zain), Hj Mohd Nor, Abd Aziz (Pak Jid), Hj Hassan, Hj Hussin, Hj Abd Khir, dan Hj Mohd Rashidy.

Meninggal Dunia

Pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 bersamaan 27 Julai 1953, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazahnya telah dikebumikan di tanahnya sendiri yang seterusnya diwakafkan sebagai perkuburan Bachok ketika berusia 93 tahun.

p/s : Itulah serba sedikit sejarah Tok Bachok, antara ulama terkenal di Kelantan suatu ketika dulu. Kita sepatutnya berbangga kerana nama 'Tok Bachok' telah dibenar diguna pakai secara rasmi sebagai nama sekolah kita yang hari ini dikenali sebagai 'SMKA Tok Bachok'.

TOK BACHOK. NAMA ULAMA YG CUKUP BESAR. NAMA YANG PATUT DIKENANG, DIHARGAI, DAN DIJAGA SELAMANYA.

 

Sejarah Penubuhan Sekolah

Merupakan sebuah sekolah agama bantuan penuh kerajaan yang terunggul di bawah pentadbiran pejabat pendidikan daerah Bachok,terletak di lokasi luar bandar dan berkeluasan 75ekar(30.35 hektar).

 

 

Sekolah ini beroperasi satu sesi dengan pengambilan pelajar pertama pada 1Januari 1999 iaitu seramai 306 yang terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 266 orang pelajar tingkatan 1.

 

 

SMKA Tok Bachok mendapat pengiktirafan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada 22 September 2011.Bermula 2015 SMKA Tok Bachok telah menjadi sekolah pertama di Kelantan yang melaksanakan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) untuk semua pelajar tingkatan1,2,3,4,5 dan 6.