Selamat Datang ke Laman Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

photo_2024-02-13_13-34-24 (3)
Di sini lahirnya generasi Al- Quran

Info TMUA

1
Halaqah
1
Murid Khatam Terkini
Gambar Guru Mengiring 2025
Penyelaras TMUA
Ustaz Dusuki Abdul Rahman

Sejarah Penubuhan Tahfiz Model Ulul Albab

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited di dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya di dalam pasaran kerja berteraskan nilam Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, Datuk Seri Idris b. Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya  di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul al-Bab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

HALA TUJU

TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

OBJEKTIF

TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahhirkan modal insan yang ;

1. Menghafaz 30 juzuk al-Quran

2. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

3. Berketerampilan, berwibawa dan berkepemimpinan

4. Mengoptimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan

5. Boleh menjalin hubungan dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan melestarikan diri dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah

TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Pendekatan Quranik 

Murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar ( BIFFAS ). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran.

Pendekatan Ensiklopedik 

Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akana datang.

Pendekatan Ijtihadik 

Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan ko-kurikulum.

Aktiviti TMUA

Kem Munafasah Bil Quran 7 Jun 2024

Kelas Tambahan Hafazan 1 Mei 2024

Galeri Huffaz

Syabas & Tahniah kerana berjaya menamatkan hafazan Al-Quran